Ramai yang sayangkan UMNO sangat kecewa dengan apa yang berlaku di dalam parti. Walaupun ramai yang mengatakan bahwa UMNO sudah berubah dengan tersingkirnya Pak Lah daripada jawatan Presiden, namun musang dan serigala di peringkat cawangan dan bahagian masih kekal dan kebal.
2. Kalau kita seorang yang ada pelajaran dan pengaruh, cuba mohon jadi UMNO, tentu kena reject. Semasa saya kecil dahulu, UMNO dianggap sebagai sebuah parti politik Melayu untuk mereka yang berpelajaran, maka melayu terpaksa mengundi UMNO kerana PAS dianggap sebagai sebuah parti yang ketandusan pemimpin terpelajar dan berwibawa.
3.Namun masa telah mengubah keadaan. Apabila Anwar (ulama Hindraf) masuk ke dalam UMNO, beliau telah merosakkan parti ini apabila meggunakan hadiah kontrak untuk mengukuhkan kedudukannya. Dengan itu ramailah korporat dan keparat yang masuk UMNO dan memegang jawatan di cawangan dan bahagian atas tujuan-tujuan kepentingan peribadi.
4. Apabila UMNO mengalami tsunami politik di dalam keputusan PRU12 yang lalu, mesyuarat perwakilan bahagian sepatutnya berkisar kepada langkah-langkah memperkukuhkan semula UMNO. Namun ini tidak menjadi kenyataan. Mesyuarat perwakilan dipenuhi dengan kempen gila untuk menjawat jawatan di peringkat bahagian. Ini sangat memualkan.
5. UMNO bahagian pula dipelopori oleh individu yang dibenci oleh masyarakat tempatan. Apabila mereka mewakili UMNO, sudah tentu masyarakat membenci UMNO. Mereka yang tidak popular ini membuat pakatan diantara satu sama lain untuk mengundi sesama mereka. Terdapat ramai ketua Bahagian yang suka dengan kumpulan 'sangai' ini kerana mereka yang tak berilmu ini sudah tentu tak akan memberi masalah kepada jawatan mereka. UMNO menjadi semakin lama semakin bodoh.
6.Namun mereka tetap punya cita-cita untuk menjadi wakil rakyat. Dengan itu persaingan bahagisan begitu sengit dan menghancurkan jika kita tidak berada dalam kumpuan yang 'betul'.
7. Sudah tiba masanya UMNO memilih wakil rakyat dikalangan ahli biasa juga bagi mengelak pemiihan calon yang dibenci.
Sunday, May 17, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)